Thursday, May 24, 2012

My Baby can read & Glenn Doman Methods

As salam,

Semenjak Nuha rajin membaca buku kegemaran nya "PA&MA" dan selalu gigit2,dan koyak2 kan. Mama look for something to give her the best way to learn, read and so on. So, i'm looking for flashcard and will learn on how to teach her using this flashcard.

Enjoy this video on how to teach your kid proper way ! :)


Glenn Doman Flash Card at Metro Siang

Sunday, April 15, 2012

Love spent time with Little Nuha Khalesya!

As salam semua,


Lama betul tak update tentang Nuha. Well, since dia semakin bijak dan lincah. Mama tk sempt nak update tentang perkembangan dia. Ouch! Bz with bisness actually.hehe..



5 MONTH


Time ni Nuha dah start nak bangun untuk duduk sendiri..suka buat 'sit up'. kelakar pun ada. haha.











Dan 1st cloth book mama beli kan untuk Nuha. She really love it sampai dok jilat2 dan gigit cloth book tu. 



 









Nuha suka senyum2 dan ketawa once someone balas balik renungan dia. Sometimes sian Nuha renung orang yg tak sudi nak tengok dia. Dia punya la senyum lama2, tp org tu tk tengok pun. Isk..isk.(Ni daddy dia yg selalu tengok tv tak perasan anak dara tengah renung dia).






Finally, we decided to buy a walker for her..Sebab, Nuha suka sangat menyusur sana sini. Agak letih nak angkat dia bawa semula kt tilam. Kejap2 dah kat bawah kerusi. Kejap2 dah bawah meja. Bukan mama yang malas ok,tp tak larat doh.hehe.





Yeppy! I want to go to schoolll!!






6 MONTH


Bulan ni la bulan yang mama tunggu2. Sebab? Nuha akan start solid food!! yeay!haha..Kenapa la mama pulak yang excited kan? Sebab nak tengok how my little girl mamam. hehe.




Start bagi puree pisang..em,sedap! sebab manis2 kan. So,macam mana respon Nuha ??





Nyam2 !!



Siap nak pegang sudu lagi.




Amacam Nuha? Terbeliak biji mata.haha. Terharu tau mama even just lecek2 pisang tu jek.kekeke.


Ini lah frozen food untuk Nuha.




Puree epal merah. Warna bertukar dah. Lambat sangat blend.hehe




Puree sweet potato & betik.




Puri betik ni kena buat banyak sikit sebab Nuha suka sangat!
Nak tengok muka HULK Nuha tak ??Eeeee.. ngeri. Serius !!hahah



 






Juga suka kacau daddy tidur.







Dan suka posing dengan bantal busuk yang tk de cover tu. Masem! haha





Monday, April 2, 2012

Ouch! Sakitnya Belakang !! Help!!

As salam..

Anyone ada tak yang pernah rasa sakit tulang belakang? Adakah ini bahaya?? Jom kita selongkar apa punca sakit belakang dan macam mana nak tau tanda2 sakit belakang kita tu kronik atau tidak..Check it outt !


(Bersama Pakar Urologi Prof Madya Dr Zulkifli Md Zainuddin, Ketua Unit Urologi, Pusat Perubatan UKM, Cheras)




"DOKTOR, saya mengalami gejala sakit pinggang kira-kira dua bulan yang lalu. Saya terasa amat sakit setiap kali duduk terlalu lama terutama pada pinggang sebelah kiri."

"Kaki saya juga terasa sakit ketika memijak lantai. Saya ingin tahu apakah ini berbahaya atau cuma sementara. Saya mohon secepat mungkin saya diberitahu kerana saya sudah tidak tahan menanggung sakit."

DARI apa kenyataan yang ceritakan, ada dua masalah kesihatan yang perlu dipastikan sebelum rawatan diberi. Ini membabitkan sama ada saudara mengalami masalah tulang belakang atau masalah batu karang ginjal.

Dari segi simptom yang saudara hadapi, iaitu sakit pinggang yang menjadi lebih teruk jika saudara duduk terlalu lama serta kaki sakit semasa memijak, saya merasakan kemungkinan besar saudara mengalami masalah yang berkaitan dengan tulang belakang. Masalah yang paling sering berlaku ialah masalah slipped interveterbral disc atau prolapsed interveterbral disc.

Dalam kedua-dua masalah ini, apa yang terjadi ialah pelapik yang terletak di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang. Ini boleh terjadi akibat trauma pada bahagian belakang, misalnya terjatuh atau cedera semasa bersukan.

Seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang selalunya pada bahagian tengah tulang belakang. Sakit ini menjadi lebih teruk semasa bergerak, duduk lama, berdiri lama atau di dalam posisi tertentu seperti membongkok.

Sakit ini boleh dikurangkan dengan baring atau rehat atau dengan memakan ubat tahan sakit. Sering juga sakit ini juga akan menjalar turun ke bahagian paha dan kaki. Pesakit selalunya menggambarkan kesakitan ini seperti aliran elertrik turun ke kaki. Pada peringkat yang teruk, ia boleh menyebabkan kebas-kebas pada bahagian paha dan kaki malah kaki juga boleh menjadi lemah dan lumpuh.
Sakit yang berpunca dari batu garang ginjal juga boleh mempunyai tanda tanda yang sama iaitu sakit belakang yang teramat sangat. Bgaimanapun, ia akan dirasai pada bahagian di mana batu itu berada iaitu sama ada di sebelah kiri atau kanan tulang belakang.

Sakit yang berpunca dari batu karang ini berbentuk memulas dan tidak ada kaitan dengan pergerakan atau posisi badan. Malah ia boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat.

Ada setengah pesakit akan mengalami loya dan muntah. Jika batu karang mula bergerak turun ke dalam ureter, sakit yang memulas ini akan dirasakan turun ke bahagian bawah abdomen.

Pada kaum lelaki, sakit ini boleh dirasakan hingga ke buah zakar atau penghujung kepala zakar. Kebanyakan pesakit juga akan mendapati air kencing akan bercampur dengan darah.

Ada juga yang mengatakan terdapat ketulan batu atau pasir dilihat keluar bersama-sama dengan air kencing.Kencing juga akan menjadi pedih dan tidak lawas sekiranya air kencing dijangkiti kuman.

Untuk mendapat penyelesaian punca masalah sakit belakang saudara, saya ingin menasihatkan saudara berjumpa pakar orthopedik terlebih dulu. Beberapa penyiasatan seperti x ray dan mungkin Magnetic Resonance Imaging perlu dilakukan untuk mengetahui status sebenar tulang belakang saudara.

Untuk mengetahui sama ada saudara menghadapi masalah batu karang ginjal pula, ujian seperti xray dan ultrasound ginjal perlu dilakukan. Bagi sesetengah pesakit yang disyaki mengidap masalah batu dalam ureter pula, siasatan seperti intravenous urogram (IVU) atau CTU perlu dilakukan.

Info Kesihatan


Kesan negatif akibat masalah tulang belakang 

1. Osteoporosis (bagi wanita)
2. Stress
3. Migrain
4. Rabun dekat/jauh
5. Sakit mental
6. Lemah tenaga batin
7. Kurang aktif atau kurang stamina
8. Cepat letih
9. Cepat marah
10. Lambat berfikir
11. Sakit pinggang
12. Masalah buah pinggang



Faktor Diska Tergelincir

* Mengangkat barang berat tanpa mengikut cara atau kaedah yang betul.
* Melompat dari tempat yang tinggi.
* Terbabit dalam kemalangan jalan raya.
* Kurang bersenam sehingga menjadikan tulang belakang tidak kuat.
* Sering melakukan aktiviti lasak.

Simptom

* Sakit bahagian belakang pinggang.
* Sengal dan kebas punggung dan kaki.
* Lemah kaki.
* Kesakitan berdenyut-denyut pada paha dan kaki.
* Jika diska tengkuk terbabit, kesakitan akan dirasai sehingga ke tangan dan kebas kaki.

Rawatan 

PESAKIT yang mendapatkan khidmat tukang urut, biasanya hanya pulih untuk seketika tetapi selepas beberapa hari, keadaan itu boleh menjadi bertambah serius.

Justeru, pesakit dinasihatkan supaya menemui doktor dan menjalani pemeriksaan sinaran-X serta Magnetic Resonance Image (MRI). Melalui MRI, doktor dapat melihat dengan jelas dan mengenal pasti diska yang terkeluar dari kedudukan asal.

Selepas disahkan diska menekan urat saraf, doktor akan menjalankan rawatan peringkat awal, iaitu rawatan konservatif ke atas pesakit. Pesakit dinasihatkan supaya banyak berehat, tidak melakukan kerja berat atau mengangkat barang berat.

Pesakit juga diberi ubat-ubatan dan jika kesakitan beransur kurang, mereka dinasihatkan melakukan senaman ringan untuk menguatkan otot. Lazimnya, pesakit akan menjalani rawatan konservatif di antara tiga dan enam minggu.

Bagaimanapun, jika tidak ada sebarang perubahan selepas tempoh itu, doktor akan menasihatkan pesakit supaya menjalani pembedahan discectomy. Melalui pembedahan ini, doktor akan mengeluarkan sedikit diska yang tergelincir supaya tekanan ke atas saraf dapat dikurangkan.

Biasanya, selepas pembedahan, pesakit akan pulih dalam tempoh kira-kira dua minggu hingga satu bulan. Mereka juga berasa lebih selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Bagaimanapun, pesakit dinasihatkan supaya bersenam dan tidak melakukan aktiviti yang boleh menyebabkan diska tergelincir.

Tahukah anda?

SERAMAI 2.2 juta penduduk Britain dilaporkan menerima rawatan sakit belakang setiap tahun dan sebahagian besarnya didapati kurang cergas serta jarang bersenam.

Menurut pakar biokimia Hospital Royal Free, London, Prof Donald Grieve, pekerjaan yang hanya memerlukan seseorang itu duduk terlalu lama, dipercayai menjadi punca sakit belakang, selain kurang bersenam yang menyebabkan lemah otot dan mudah mengalami kecederaan.

Elak baring terlalu lama.
Mengurangkan sakit belakang

Berehat.
Sebaik-baiknya berbaring di atas katil yang rata dan letakkan bantal di bawah lutut.

Cara itu dapat mengurangkan ketegangan otot. Cuba lakukan kaedah ini tiga hari berturut-turut.

Terlalu lama baring pun tidak elok kerana ia boleh menyebabkan otot menjadi lemah dan ini mendedahkan ketegangan.

Mandi air suam
Mandi atau berendam di dalam air suam boleh melegakan sakit belakang.

Sebaik-baiknya rendam dalam air suam selama kira-kira 20 minit setiap hari.

Bagaimanapun, wanita mengandung tidak digalak menggunakan kaedah ini kerana boleh menyebabkan keguguran.

Menggunakan tilam yang sesuai 
Tilam lembik dan buruk boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang. Dapatkan tilam yang lebih elok untuk menjamin keselesaan dan kesihatan.

Ambil aspirin
Aspirin boleh dimakan untuk meredakan kesakitan, tetapi mesti mendapat pandangan doktor terlebih dulu kerana bimbang terhadap kesan yang boleh dihadapi disebabkan pengambilan itu.

Relaks 
Tenangkan fikiran kerana sakit belakang juga dipercayai berpunca daripada tekanan emosi.

Gunakan kusyen 
Sebahagian besar kerusi kenderaan tidak menepati ciri-ciri keselesaan dan apabila memandu terlalu lama, kesakitan akan bertambah teruk.

Justeru, untuk memastikan kesakitan tidak berterusan, letakkan kusyen kecil di belakang anda.

Berenang
Berenang adalah senaman aerobik yang paling berkesan untuk meredakan sakit belakang. Jika tidak tahu berenang, berjalan pantas juga dapat membantu meringankan masalah.

Mengangkat barang dengan cara yang betul
Apabila mengangkat barang berat, pastikan barang itu diangkat dengan cara yang betul. Contohnya, dekatkan barang itu ke badan anda.

Kawal berat badan
Pastikan berat badan seimbang. Badan yang terlalu berat juga boleh memburukkan lagi keadaan sakit belakang.



Jadi, kita yang sihat ni perlu take serius tentang sakit tulang belakang walaupun just rasa sakit sikit2. Jangan berlengah. Alternatif terbaik sudah ada, why not dapatkan Premium Beautiful untuk elakkan sakit tulang belakang sedia ada dari terus menjadi serius. Kos perubatan untuk slip disk ini sangat2 mahal. 

Tak rugi labur sedikit wang untuk Premium Beautiful berbanding beribu2 utk kos pembedahan sahaja. Fikir2 kan la.


Asyikin Akashah
013 - 755 8782



Monday, March 26, 2012

Healing Crisis Semasa Pakai Premium Beautiful

As Salam..

HEALING CRISIS

Kawan2 tahu tak apa makna dua perkataan kat atas tu? It's 'Healing Crisis'..hehe..Ok, let me share with you. Kawan2 yang dah pakai Premium Beautiful pasti tahu apa maksud perkataan ni kan?

Ok, sharing session!

First thing, Corset Premium Beautiful ni mempunyai FIR (Far Infrared Rays). Apabila kita memakainya untuk peringkat awal (awal2 beli atau first time fitting), secara langsung atau dengan segeranya akan berlaku tindak balas pada badan you all. Dan DON'T WORRY dear..Healing crisis ini akan berakhir dalam masa 24jam. How? Nanti Syik akan bagitau macam mana nak atasi healing crisis ini. 

Good News for you all jika berlaku healing crisis ini. Ini kerana, healing crisis ini menunjukkan proses penyahtoksidan dari badan sedang berlaku. Segala penyakit dalam badan you all sedang dibongkar dan dikeluarkan dari badan. Namun, ianya bergantung pada tahap kesihatan seseorang kerana tidak semua pemakai PB akan merasa healing crisis ini.

Keadaan macam mana yang dikatakan Healing Crisis?

1. Terasa panas dibahagian perut atau bahagian badan lain

Ini menunjukkan F.I.R pada Premium Beautiful sedang bertindak balas..Ianya tidak la menyakitkan. Sekadar suam2 kuku rasanya. You all akan rasa selesa jek. Jika ada yang tidak rasa tidak mengapa.Tidak bermaksud tiada tindak balas. It takes time. 

2. Sakit kepala, berdenyut2, rasa pening.





Ini menunjukkan yang you all sering mengalami migrain dan sakit kepala. You all perlu minum air dengan banyak sekuarang2nya 3liter. Di awal pemakaian you all mungkin akan merasa sakit kepala atau migrain yang teruk. Ini menunjukkan toksin dari badan sedang dilakukan. Toksin2 ini akan keluar melalui peluh, sistem perkumuhan atau hablur putih. Hablur putih ni you all akan nampak ianya melekat di PB. Itu lah toksin.

3. Buang angin atau sendawa



Untuk pengetahuan you all, salah satu fungsi Premium Beautiful ni juga membuang angin dari dalam badan. Jadi, jika ini berlaku bermaksud badan you all mempunyai banyak angin dan toksin. Kita perlu elakkan dari badan kita dimasuki angin berlebihan. Sebab itu apabila selepas bersalin ibu2 digalakkkan atau diwajibkan memakan makanan panas, memakai stoking, mandi air suam, makan herba dan sebagainya untuk elakkan badan dari bisa2, sengal2 atau sakit2.

4. Sakit tulang belakang atau lenguh2




Biasanya jika ini berlaku menunjukkan you ada sakit tulang belakang , selalu demam atau selalu sakit2 sendi. Semasa pamakaian PB pada 2 minggu pertama akan rasa sedikit sakit. Ini kerana proses menyelaraskan tulang belakang dan posture badan sedang dilakukan.

5. Berat badan menurun




Kebanyakkan pemakai PB akan mengalami penurunan berat badan dalam masa terdekat dan pinggang akan menjadi ramping. Ini menunjukkan berat badan sedia ada tidak sesuai dengan ketinggian. Dan pinggang menjadi ramping kerana PB direka untuk beri instant shape pada pinggang. Nak tau macam mana? Haruslah contact me.

6. Payudara rasa sedikit sengal2 atau sakit sikit

Jangan risau. Itu adalah tanda bahawa payudara sedang proses penganjalan, penegangan dan pertumbesaran yang sesuai dengan badan seseorang.

7. Gatal2 pada badan atau bahagian badan lain



Gatal2 ini berlaku kerana toksin dari badan sedang dikeluarkan dalam bentuk peluh. Peluh2 ini adalah berasid. Akan wujud kesan kehitaman pada pinggang. Teruskan pemakaian agar toksin berasid itu dikeluarkan dari badan. Sentiasa cuci PB dengan bersih selepas setiap kali memakainya. 

8. Badan lebih cergas dan aktif



Ini kerana tindakan resonan molekul air dalam badan menjadi lebih aktif selepas memakai Premium Beautiful yang mempunyai F.I.R.

Perkara penting yang perlu dibuat adalah banyakkan minum air sekurang2nya 3liter air. Ini membantu proses penyahtoksin dalam badan.

Selamat ber'Premium Beautiful'ing dear ..


Asyikin Akashah
013-755 8782

















Sunday, March 25, 2012

Masalah Perut Buncit, Buasir, Sembelit, Cirit Birit

As salam Semua..

Pernah tak you all merasa keadaan ini..

Dah elakkan makan nasi, tapi perut buncit.
Dah kurangkan makanan bergula atau masin atau fast food, tapi perut still buncit.
Dah makan buahan dan banyak minum tapi tetap sembelit, buasir.
Dah cuba macam2 tapi macam tu jugak.

Ok, you all tahu tak yang semua masalah tu berpunca dari mana? Maksudnya, kalau dulu masa kecil2 badan kita sihat. Makan la apa pun tetap maintain, tak da lemak2 degil berkumpul dan tak da masalah sistem penghadaman. Betul? Tapi semenjak meningkat usia ni cepat sangat berat badan naik, perut buncit, sembelit, buasir dan macam2.

UNTUK INFO KAWAN2 SEMUA !


USUS KOTOR, PUNCA PELBAGAI PENYAKIT !

Toksin dan Sembelit Pengamalan Cara Hidup Moden dan Pengumpulan Toksin.
Cara kehidupan zaman moden adalah kurang sihat hasil dari pencemaran udara, air dan makanan yang dipenuhi dengan pelbagai toksin. Makanan seharian yang diambil oleh kita pada zaman moden mengandungi protein dan lemak haiwan yang tinggi. 

Ditambah pula dengan cara hidup yang kurang bersenam telah mengakibatkan bahan buangan bertoksin terkumpul di dalam usus dan terjadinya sembelit dan najis terlonggok. Najis terlonggok ialah sejenis toksin yang boleh menjejaskan kesihatan badan. Ia amat sukar dihapuskan. Jika anda mempunyai masalah berat badan, maka salah satu sebab utamanya adalah terdapat BANYAK NAJIS BERLONGGOK.



APAKAH ITU SEMBELIT?

Mengikut kajian usus yang dilakukan oleh pakar, walaupun kita membuang air besar secara normal setiap hari, tetapi terdapat 6-10 paun najis terlonggok di dalam usus kita. Pernahkah anda berkata ~ Saya tidak sembelit, saya buang air besar setiap hari dan tidak perlu membersihkan usus! Sebenarnya anda silap. 

Walaupun kita membuang air besar setiap hari, ramai tidak sedar bahawa mereka mungkin mempunyai masalah usus. Seringkali keseluruhan usus besar terlonggok dengan najis lama dan bahan kumuh yang mengeras. Ia hanya membenarkan najis yang lembik dan kecil untuk melalui saluran usus yang sempit. Akibatnya kebanyakan dari kita mempunyai masalah sembelit dan najis terlonggok.


APAKAH ITU NAJIS TERLONGGOK?

Sembelit merupakan masalah yang disebabkan kesukaran untuk membuang air besar dan najis terlonggok adalah bahan toksin yang terlekat di usus akibat daripada perkumuhan yang tidak sihat. Bahan toksin ini akan diserap oleh mucus usus dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan seperti kanser kolon, tekanan darah tinggi, masalah kesihatan jantung, hati, buah pinggang, kencing manis dan sebagainya. 

Bukan itu sahaja, ia juga boleh membawa masalah seperti kulit yang berkedut, jerawat dan sakit ketika dating haid. Justeru itu, cara yang paling berkesan untuk mengatasi masalah kesihatan di atas adalah menghapuskan masalah sembelit dan menyahkan najis yang terlonggok di dalam usus.


SUDUT KESIHATAN


MENYAHTOKSIN RAHSIA UNTUK KEKAL MUDA DAN SIHAT

Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan percaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan adalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinkan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan.





Kebanyakan program menyahtoksik melibatkan program berpuasa, pengawalan diet dan rawatan lain yang menyusahkan. Kini , terdapat satu program menyahtoksik yang lebih mudah dan praktikal, malah juga berkesan untuk membantu anda kekal muda dan sihat.


Beberapa masalah kesihatan yang biasa dikaitkan dengan pengumpulan toksin termasuk:


   1. Sering keletihan, daya tumpuan dan daya ingatan yang lemah
   2. Sembelit atau cirit-birit yang kerap
   3. Masalah-masalah kulit-jerawat, akne, ekzema, psoriasis, kulit yang pudar dan tidak bermaya.
   4. Kuku dan rambut yang rapuh
   5. Badan dan nafas berbau
   6. Sering sakit kepala
   7. Sakit leher , bahu , sendi dan otot
   8. Peredaran darah yang lemah – tangan atau kaki sejuk
   9. Imsomnia atau masalah tidur
  10. Meradang dan kemurungan
  11. Kitaran haid yang tidak teratur dan masalah-masalah putus haid
  12. Berat badan dan pembendungan air dalam badan
  13. Masalah penghadaman , kesenakan dan rasa loya yang kerap
  14. Alergi dan pengidaman makanan
  15. Peningkatan tekanan darah
  16. Kurang tenaga syahwat.


Apa yang anda dapat jangkakan dari program mennyahtoksik yang baik

   1. Kesihatan keseluruhan yang lebih baik & rasa lebih bertenaga dan cergas
   2. Daya ketahanan badan yang lebih kuat
   3. Fungsi penghadaman yang lebih baik & kurang angin dan senak
   4. Pembuangan air besar yang kerap
   5. Daya ingatan dan daya tumpuan yang lebih baik
   6. Kulit yang lebih cerah dan sihat
   7. Badan yang lebih langsing
   8. Ketiadaan sakit-sakit dan sengal-sengal badan.

Ia adalah hampir mustahil untuk kita mengelakkan diri daripada toksin-toksin ini kerana ianya berada di mana-mana sahaja. Dalam makanan kita racun rumpai dan racun serangga dalam buah-buahan dan sayur-sayuran ,bahan kimi dan logam berat dalam ikan dari sungai dan laut yang sangat tercemar, antibiotik dan hormon dalam ayam, itik dan daging.

Dalam air minuman kita klorin, logam berat, bahan kimia , bakteria dan parasit dari sumber air yang tercemar dan paip air yang lama.Dalam udara yang kita sedut bahan kimia dan asap berkabut dari kilang-kilang, asap kenderaan, asap rokok , serta asap dari pembakaran terbuka dan hutan terbakar dari negara-negara jiran. Dari proses-proses badan sisa metabolik dan pereputan daripada makanan yang tidak dapat di hadamkan.

Usus bermasalah mengundang penyakit usus kita
Usus adalah bahagian badan yang bertanggungjawab untuk menyerap khasiat daripada makanan dan memproseskan bakinya untuk membentuk bahan buangan untuk dibasmi atau dibuangkan. Usus manusia terdiri daripada usus besar dan usus kecil. Kesihatan badan barkait rapat dengan kebersihan kedua dua usus besar dan usus kecil ini.

Bagaimana usus toksin menjejas kesihatan kita ?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin.

Kelebihan pembersihan usus

Pembersihan usus adalah proses penyahtoksifikasi badan yang utama. Ia adalah jalan pemulihan yang penting. Pembersihan usus yang sempurna adalah penting dan merupakan cara utama untuk mengembalikan badan kita ke tahap yang seimbang, kesihatan yang bertambah baik dan menambahkan tenaga. Justeru itu, ia juga membolehkan sistem badan yang lain untuk dibersihkan. Apabila anda membersihkan usus anda dan mengimbangkan semula bakteria yang baik dan buruk mempunyai penghasilan enzim yang mencukupi, serta makanan yang dimakan dan penghasilan vitamin dalaman adalah betul, makanan yang tidak ditoleransi akan diperbaiki atau hilang.




Dr. Bernard Jensen, Pd.D telah menekankan kepentingan usus yang sihat. Menurut beliau, "Setiap tisu dibekalkan dengan darah yang dibekalkan dari sistem usus. Apabila usus kita kotor, darah juga akan kotor. Oleh itu sistem usus mesti dipulihkan sebelum pemulihan bahagian badan yang lain boleh dilakukan.


Sumber dari www.ekedai2u.com

So, the best suggestion untuk elakkan diri kita dari semua masalah2 di atas adalah dengan mengamalkan meminum NURICH LACTO-LITE .

Try it today ! 






Asyikin Akashah
013-755 8782







Saturday, March 24, 2012

Probiotik Penting Untuk Sihat dan Kurus !!


Ok, entry kali ni adalah kesinambungan kepada kepentingan Probiotik yang terkandung dalam NURICH LACTO-LITE . 

First sekali, kalau you all nak sihat dan cantik luar dan dalam, perkara utama perlu you all titik beratkan adalah "Sebersih mana kah usus you all? Kalau tak bersih, toksin berlonggok dalam badan. Sememangnya sangat susah untuk you all dapat badan yang bebas penyakit dan bentuk badan yang menarik.

Apa yang you all tahu tentang PROBIOTIK??


Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan kita kuat dan sihat. Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.

Fakta yang anda perlu tahu mengenai sistem gastrousus anda:

    * Ekosistem yang kompleks terdiri daripada lebih 400 spesies bakteria
    * Terdiri daripada bakteria baik dan bakteria jahat
    * Bakteria baik ialah penghuni normal di dalam usus dan tidak membawa mudarat kepada badan. Ia membantu menggalakkan penghadaman dan penyerapan nutrien yang lebih berkesan ke dalam tubuh
    * Baktenia baik membantu menghalang atau mengawal pembiakan bakteria jahat yang tidak diingini atau patogen yang turut hidup di sana. Disebabkan wujudnya bakteria baik dan bakteria jahat di dalam perut kita, maka kita mestilah memastikan keseimbangan populasi mereka.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa faktor dan keadaan yang boleh mengganggu populasi bakteria baik ini iaitu penuaan, stres, pengambilan antibiotik, pil pencegah kehamilan, gaya hidup yang tidak sihat dan diet tidak seimbang.

Gangguan keseimbangan di dalam sistem gastrousus boleh menggalakkan pembiakan bakteria jahat dan meningkatkan risiko penyakit keradangan, penyakit berjangkit dan bermacam penyakit lain lagi.

Probiotik

Apakah yang terjadi apabila keseimbangan mikroflora usus terganggu?

Gejala yang perlu diperhatikan ialah kembung perut, senak perut, sakit perut, cirit-birit dan sembelit. Hilang selera makan, jangkitan dan alahan kulit juga menjadi petanda masalah keseimbangan mikroflora usus.

Kajian menunjukkan bahawa probiotik memberikan perlindungan terhadap penyakit gastro-usus seperti sindrom usus terganggu, penyakit Crohn, ulser kolitis, dan alahan makanan.

Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal:


Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)
Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus rnengurangkan gejala alahan ini.

Meningkatkan penghadaman
Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.

Meningkatkan penyerapan mineral
Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

Menghasilkan vitamin
Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

Melegakan gejala cirit-birit
Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

Menguatkan sistem ketahanan badan
Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat.
Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari baktena jahat) juga telah dibuktikan.
Probiotik juga didapati meniberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.

Hidup sihat dengan vitamin dan mineral
Vitamin ialah faktor bersama bagi mekanisme enzim dan hormon, mempengaruhi perkernbangan dan fungsi organ yang berlainan, menjadikannya faktor pelindung penting bagi sel.
Mineral ialah komponen struktur bagi makro-molekul (tulang hormon) dan merupakan sebahagian daripada cecair tubuh. Ia juga adalah sebahagian daripada enzim dan tindak balas berenzim, iaitu sebagai penghubung serta membantu memindahkan dan membebaskan oksigen (seperti unsur besi dalam eritrosit dan sel otot).


Sumber dari e-kesihatan.blogspot.com

So, dari mana nak dapatkan Probiotik ni? Jangan susah hati, Nurich Lacti-Lite penyelesaiannya !

Pengambilan NURICH LACTO-LITE secara konsisten sangat digalakkan. Cuba lah sekarang.



Asyikin Akashah
013-755 8782







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...